Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: WIKIPEDIA,THE FREE ENCYLOPEDIA :.

Hm...

Assalammualaikum w.b.t

Buat pertama kalinya baru saya mengetahui maksud singkatan perkataan OST.  Selalu sangat dengar perkataan ini tetapi tidak maklum maksudnya.  Terima kasih kepada wikipedia kerana menyediakan maklumat untuk saya cari dan 'google'.

Apa-apa hal pun sila klik WIKI

PESANAN: ILMU DI TIMBA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN.
[OST = Open Source Track]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: NAMA MANJA SAYA :.

Hmm...

Masih berfikir nak bukak cerita tentang nama manja diri sendiri ni.  Ada nama manja malah mungkin sekarang dah hilang tetapi masih terbau-bau dan terimbau-imbau kenangan nama manja tu.  Nama manja sekarang yang dah tetap.

Pertama
Sewaktu saya kanak-kanak saya di panggil AMOI sebab gemuk dan muka macam cina.

*muka ada macam cina ker?*

Kedua
Semasa saya dalam darjah enam ada teman sekolah panggil PUMA (jenama beg) yang terkenal tetapi saya tak tahu ketika itu.  *mueheheh*
 

Ketiga
Oleh kerana saya sudah biasa berjalan laju ada orang tak sopan panggil saya SPEEDYGONZALES.  ingat lagi tak nama watak dalam kartun tu?  Entah apa tah namanya.


PESANAN : SEKARANG SAYA LEBIH SUKA SESIAPA PUN YANG KENAL, PERNAH KENAL, AKAN KENAL PANGGIL NAMA PENUH SAYA.
[Kesihan kan saya.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: CINTA DALAM AL-QURAN :.

Dalam Al-Quran, perkataan 'hubb' diulang berulang kali.  Antaranya disebut bahawa Allah kasih kepada orang yang bertakwa, Allah kasih kepada orang yang berbuat baik, Allah kasih kepada orang yang sabar dan Allah kasih kepada orang yang bertaubat.  Pada ketika yang lain, Al-Quran menyebut bahawa Allah tidak kasih kepada orang yang zalim, Allah tidak kasih kepada orang yang melakukan kerosakan, Allah tidak kasih kepada orang yang membazir dan Allah tidak kasih kepada orang yang sombong.
 
Kecintaan kepada Allah dan Islam membawa seseorang ke ruang litup dan gelanggang yang menyelamatkan iman.  Cinta adalah anugerah Ilahi kepada setiap insan.  Insan yang tidak bercinta atau tiada rasa cinta adalah insan yang tidak mempunyai hati dan perasaan.  Manusia tidak dapat lari daripada cinta.  Oleh itu, Al-Quran menegaskan cinta sebagai sesuatu yang fitrah, Firman Allah ;

Maksudnya; " Dihiaskan bagi manusia itu kecintaan tentang apa-apa yang dapat menyenangkan iaitu daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas dan perak, kuda-kuda pilihan, haiwan ternakan dan tanaman..."  (surah Ali Imran ; 14)

Cinta bertujuan melahirkan kebahagian dalam kehidupan.  Cinta ada pasang surutnya.  Ada ketika cinta itu akan pudar.  Ada ketika cinta itu cinta buta, ada ketika manusia buta cinta.  Setiap yang terjadi kepada cinta perlu dinilai dan digilap agar ia kembali bersinar.

Mengapa cinta itu penting?  Tidak lain tidak bukan ialah cinta adalah kunci kepada kebahagiaan.  Kebahagiaan adalah antara perkara terpenting dalam kehidupan kita.  Semua orang ingin bahagia.  Tidak ada manusia yang bercita-cita untuk tidak bahagia. Cita-cita bahagia adalah cita yang mulia.  Tidak guna duit banyak jika tidak bahagia.  Seandainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan lebih baik cinta itu tidak pernah hadir.

Cinta akan terbina dangan baik jika hati kita bersih dan ikhlas dalam bercinta.  Oleh itu, cinta yang tercerna nampak dalam kelakuan dan tingkah laku kita sebenarnya bermula daripada hati.  Jika perkahwinan itu secara paksa tanpa ada sekelumit pun rasa cinta, maka istana yang dibina akan punah.  Istana kebahagiaan juga akan musnah jika cinta tidak dibajai.


Cinta tidak boleh ditiru dengan begitu mudah.  Ia perlu dibina dan disemai dengan baik agar ia subur.  Oleh itu jika kita bercinta hanya kerana ingin meniru cinta orang lain, ia akan kabur.  Cinta mestilah berdasarkan asa yang kukuh.  Cinta tiruan adalah cinta yang lahir tanpa perasaan yang ikhlas.

Cinta juga khususnya cinta antara pasangan yang masih belum diikat dengan ikatan yang sah (akad nikah) perlu melalui adab dan peraturan syariat. Islam tidak mahu melahirkan cinta terlarang iaitu cinta yang melanggar hukum.

PESANAN : UNTUK JATUH CINTA MEMANG MUDAH.  UNTUK DICINTAI JUGA MEMANG MUDAH.  TETAPI UNTUK DICINTAI OLEH ORANG YANG KITA CINTAI ITULAH YANG SUKAR DIPEROLEHI.
[diculik dari : cakar harimau... tips kebahagiaan rumahtangga.  Ustazah Siti Nor Bahyah Binti Mahamood]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SAAT LAFAZ SAKINAH ;.

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: BETULKE JERSEY MU :.

KUALA LUMPUR: Muslim tidak boleh memakai jersey merah terkenal Manchester United  kerana 
lambang "syaitan" pada puncak pasukan tersebut, ulama Malaysia berkata hari ini. untuk lebih lanjut sila layari link ini :  Muslims vs ManUtd Jerseys

Manchester United dan selebihnya dari Liga Perdana Inggeris secara besar-besaran popular di Malaysia yang majoriti penduduknya Muslim dan seluruh wilayah Asia, tapi ulama konservatif mengatakan jersey ini tidak islami. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: CINTA ABADI :.

Cinta adalah kecenderungan hati kepada sesuatu.  Oleh itu, ia adalah kerja hati, bukan kerja anggota badan yang zahir.  Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita atau cinta seorang wanita kepada lelaki adalah harus kerana ia adalah fitrah manusia.  Dalam hadis disebutkan : 

"Dicintai kepadaKu daripada dunia; wanita dan wangian..." (Riwayat Ahmad, An-Nasai dan Hakim).

Islam adalah agama fitrah, cinta juga adalah fitrah.  Oleh itu Islam amat mementingkan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan seorang muslim.  Cinta setiap individu Muslim hendaklah mengikut turutan ini.

-  Cinta kepada Allah S.W.T.
-  Cinta kepada Rasul
-  Cinta kepada diri sendiri
-  Cinta kepada ibu-bapa, pasangan dan kaum keluarga
-  Cinta kepada setiap saudara muslim

Cinta kepada Allah S.W.T adalah cinta yang paling UTAMA.  Cinta kepada Allah S.W.T diterjemahkan dengan cara cinta kepada Rasul dan mengikut ajaran Rasul.  Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu kasih kepada Allah S.W.T, maka ikutlah akan daku (Rasul)" (Surah Ali Imran : 31)

Al-Quran juga memberi amaran agar kita tidak mengutamakan cinta kepada perkara lain sebelum cinta kepada Allah dan Rasul.  Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, pasangan... lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan dengan arahanNya."   (Surah At-Taubah ; 24)

Selepas cinta Allah S.W.T dan Rasul, maka barulah datang susunan cinta yang lain. Masalah akan timbul apabila pasangan meletakkan cinta suci mereka melampaui batas agama.  Oleh itu, setiap pasangan hendaklah memahami hakikat susunan cinta ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: LIRIK LAGU JAHAT : STACY :.

Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia

Korus
Aku aku
Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang
Diriku diriku
Yang disangka kebal
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu
Engkau engkau
Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu
Jahatnya kamu

Apa agaknya sudah jadi
Pada ingkar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia
Tapi hatiku mendesak dan menggesa

Ulang korus 2X

Jahatnya kamu
Jahatnya kamu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SENARAI SOSEJ YANG TIDAK HALAL :.


Salam...

Hmmm.....sedapnye sosej....makanan kegemaran keluarga, setiap bulan pasti kitaorang beli burger, nugget dan sosej untuk simpanan stok....tapi baru2 ni dapat emel dari JPM mengatakan ada 6 jenama sosej yang tidak halal telah di kenal pasti di campur usus babi....

Berikut adalah sosej yang tidak halal:-

  • Gourmessa
  • Muller's Haus
  • Dew Fresh
  • Puteri
  • Miami Butcher House
  • Maspac

Pengilang yang mengeluarkan produk sosej yang menggunakan usus babi dan memasarkan di pasaran tempatan adalah:-

  • Deluxe Food Services Sdn Bhd di Shah Alam (Gourmessa)
  • German Delicatessen di Subang (Muller's Haus dan Dew Fresh)
  • Puteri Pan Pacific (Puteri)
  • MiamiButcher House di Batu Ferringgi (MiamiButcher House)
  • Omcorp Sdn Bhd di Bukit Angkat Kajang (Dew Fresh)
  • Pacific Refgerating Sdn Bhd (Maspac)
Antara hotel dan restoran yang disyaki menyajikan dan menjual sosej menggunakan usus babi adalah:-
  1. Palace of Golden Horses
  2. Coffee Bean Tea Leaf
  3. Hotel Equatorial
  4. Ikea Cafe
  5. Muller Sausage

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: WARNA DAN TARIKH LAHIR :.

Assalamualaikum...

Kali ini ada sebuah article yang cuba menyingkap tentang rahsia warna keperibadian seseorang melalui tarikh lahir seseorang... So... sape2 yang beminat nak tau rahsia warna masing bole memeriahkan thread ni...  saja-saja just for fun... kalau tepat tu mybe sekadar kebetulan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: LAGU INI LAGU SIAPA ? :.

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Karna hati bertanya selalu
Berlinanglah air mataku

Akan kucari walau kemana
Ingin aku berkelana
Ke ujung dunia engkau kucari

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Karna hati bertanya selalu
Berlinanglah air mataku

Riii…iindu
Mengapa rindu hatiku tiada tertahan
Kau tinggalkan daku seorang

Riii…iindu
Mengapa rindu hatiku tiada tertahan
Kau tinggalkan daku seorang

Engkau pergi tiada pesan
Kabar darimu ku nantikan
Karna janji pun kau lupakan
Meranalah aku seorang

Akan kucari walau kemana
Ingin aku berkelana
Ke ujung dunia engkau kucari

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Karna hati bertanya selalu
Berlinanglah air mataku

Riii…iindu
Mengapa rindu hatiku tiada tertahan
Kau tinggalkan daku seorang

Riii…iindu
Mengapa rindu hatiku tiada tertahan
Kau tinggalkan daku seorang

Engkau pergi tiada pesan
Kabar darimu ku nantikan
Karna janji pun kau lupakan
Meranalah aku seorang

Akan kucari walau kemana
Ingin aku berkelana
Ke ujung dunia engkau kucari

Kalau hatiku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Karna hati bertanya selalu
Berlinanglah air mataku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: UNSUR? :.

Hanya untuk Wanita.  Baca dan fikirkan dimanakah kedudukan anda.  Hanya sebagai satu perkongsian bersama.  Saya rasa apa yang dinyatakan mungkin benar kepada anda mungkin juga tidak, saya tidak tahu tetapi anda tahu siapa diri anda.  Benarkan?  Di bawah ini saya catatkan penentuan UNSUR seseorang ditentukan oleh kedudukan anda dalam hirarki adik beradik seibu sebapa. :

PERTAMA WANITA UNSUR TANAH (Anak pertama, kelima, kesembilan)
- Merendah diri, serta hormat dan patuh.  Setia serta rela berkorban.
- Tidak cerewet. Tidak meninggi diri.  Tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
- Tenang diri. Aman.  Pemberi sokongan.
- Tidak suka membantah atau membangkang.
- Watak lemah lembut, manis, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan
[nota : wanita sentiasa ingin cantik, tidak dinafikan]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: NEW ENTRY :.

Sakinah, mawaddah wal rahmah (tenang dan dilimpahi kasih sayang)?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: MR. GARFIELD :.

Tahukah anda apa dia gambar di atas ini?  Alkisahnya bagaimana?  Sebenarnya sejak saya kecil saya dah didedahkan oleh komik ini, saya tidak pernah hidup dengan anak patung seumur hidup saya pun saya cuma tahu dan kenal tetapi tidak pernah memiliki patung sebagai teman malam atau teman tidur.  Untungnya hidup menjadi seperti saya.  Kenapa tidak rugi sebab ibu bapa tidak runsing dengan bajet memberikan anak-anak barang-barang yang hanya suatu 'kehendak' semata-mata.  Walaupun sepanjang saya membesar bersama sama teman sepermainan 'biasalah' ada perasaan tidak puas hati, jeles, dan seangkatan dengannya kerana mereka memiliki zaman kanak-kanak, remaja dalam keadaan yang mereka alami tidak seperti saya.  Tidak seperti saya hidup dalam semua serba serbi kekurangan.

Panjang pula bebelan saya kali ini, walaupun saya tidak terlintas untuk mencoret kisah zaman lampau saya tetapi dalam tiada kerja pada saat dan ketika ini, saya ter'google' [ehem bahayanya penggunaan perkataan ini, saya fobia] tentang mr.garfield.   Saja nak abadikan walaupun seekor gambar garfield.
anda boleh google tentang garfield di link ini : Garfield

PESANAN : KENANG MASA MANIS ZAMAN SILAM, MASAM MASIN JANGAN SIMPAN
[hati menjadi rindu dan sayu mengenangkan cerita lalu.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: DIA NI :.

Sesuatu telah berlaku pada hari ini dalam sejarahnya yang tersendiri.  Saya tanpa sengaja telah menemui link ini paanthology Betapa adik ini seorang yang sangat kelakar bagi saya.  Entry-entry yang dilakarkannya di dalam pautan di atas (anda carilah yang ada garisan warna biru itu.  Klik sahaja ye untuk mengetahui lebih lanjut.

PESANAN : SEBELUM KENAL KITA TAK SUKA, BILA DAH KENAL KITA JATUH CINTA.
[sebenarnya tak tahu nak letak entry apa hari ini ngeh...ngeh...ngeh... (rajin pula nak taip perkataan ngeh ni)]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. : CERITA KELAKAR TENTANG BOLA SEPAK :.

Hye u all, korang ade jawapan tak untuk entry aku nie??hehehe..mesti xde kan.yela,time2 'Demam bola' ni la aku nk tanye korang..Da lame dah aku nk postkan entry ni tapi xsempat,maklumlah musim bola la katakan..hehe..Dalam asyik aku dok dengar pasal bola nih, terlintas dalam pale otak aku ni nk tahu jugak kenape masa perlawan bola sepak ni 45 minit untuk separuh masa pertama??kenape tidak 30 minit?? 1 jam??...hurm..xpe2,u all jangan garu kepale erk..:-)..kali ni aku nk kongsikan pengalaman aku bile buat 'research' tentang entry nih. Jawapannye..... korang bace jawapan yang dikemukakan oleh pakar saintis sukan ni..hehe..zas~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SIAPA KAWAN SIAPA LAWAN :.

Benar sebagaimana yang di katakan bila kawan jadi lawan, hidup penuh semula dengan teka dan teki. Kenapa kawan kita yang dah kita kenal lama boleh berubah menjadi lawan. malah membuat kita sakit hati sedangkan hakikatnya kita ni manusia ada masa down, ada masa up. ada masa ceria ada masa sedih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: TUTORIAL? :.

Thanks to kozumi sebab saya jumpa sesuatu yang menarik seperti di bawah ini. Mohon komen dan baca kalau berminat :

Ok. Tetiba pula hari ini nak jadi cikgu mengajar satu tutorial dalam ni.  Ngeh...ngeh...ngeh... tutorial ini adalah untuk meletak gambar di post entry yang perlukan gambar.  Nak belajar?  Senang saja:

Copy 'N' Paste
[belajarlah tentang 'copy n paste']

Sila lawati blog untuk kozumi.sepaku.net keterangan lanjut.

PESANAN : KEFAHAMAN SETIAP INDIVIDU BERBEZA, PANDAI-PANDAILAH BUAT.
[try saja dulu, hasilnya nanti anda letak LINK di blog saya nanti saya follow]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: MELODI :.

Hidup ini umpama seperti melodi muzik.  Sekejap bunyi merdu sekejap menjadi nyaring.  Melodi boleh menjadi amat menarik didengar.  Melodi hari ahad saya pada pagi ini, sedar-sedar semalam tv tengok saya.  Melodi merayu-kecewa sebab Argentina kalah 4-0.  Huwaaaaaaaaaaaaaaa......

PESANAN : KERANA BOLA SEPAK HILANG SAHABAT. KERANA SAHABAT SUKAN HILANG BOLA. ERK.... 
[apa-apa jelah]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: MASALAH JIWA :.

Masalah jiwa selepas bersalin

KEGEMBIRAAN sanubari ibu mungkin tergugat dengan kelahiran anak yang disayangi.
Ramai ibu baru mengalami perasaan tidak stabil tetapi kebanyakan rungutan ini tidak berkekalan dan masih dapat ditangani.
Ketidaksaksamaan perasaan hati selepas kelahiran dikategorikan pada tiga suasana;
1. Postpartum blues atau bersedih selepas kelahiran - lazim berlaku kepada ramai ibu- ibu baru.
2. Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran (postpartum depression) - teruk sedikit dari kesedihan selepas bersalin.
3. Psikosis selepas kelahiran atau meroyan (postpartum psychosis) - masalah jiwa yang serius dialami sesetengah ibu selepas bersalin.
Penyakit jiwa di kalangan ibu-ibu baru ini selalu dilupakan serta diabaikan. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap tumbesaran serta kelakuan anak-anak kelak.
Penyakit jiwa ini boleh dirawat dan dalam kebanyakan kes, ibu-ibu berkenaan boleh kembali sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: IKHLAS BERGANTUNG KEPADA NIAT, AMALAN JUJUR :.

Sa’d bin Jubair pernah berkata: 
“Ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatan dilakukannya dan ada masuk neraka kerana kebaikan dilakukannya. Seseorang yang melakukan maksiat, setelah itu ia takut dan cemas terhadap seksa Allah kerana dosanya, kemudian menghadap Allah dan Allah mengampuninya kerana rasa takutnya kepada-Nya. Seseorang berbuat kebaikan lalu ia sentiasa mengaguminya kemudian ia menghadap Allah dengan sikapnya itu maka Allah pun mencampakkannya ke dalam neraka.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: FINALLY :.

Akhirnya, audit menamatkan tugas pada hari ini.  Apapun jika kita bertugas dengan cekap dan menjalankan amanah tentu tidak akan mengalami sebarang kesulitan sekiranya audit datang.  Alhamdulillah semuanya masih dalam keadaan kawalan yang baik.

Bangga juga pun ada, cuma mungkin perasaan sendiri kot.

PESANAN : BUAT KERJA KERAS TETAPI HASILNYA KOSONG. BUAT KERJA KOSONG TAPI HASILNYA KERAS. FIKIRLAH.
[saya yang mana satu erk.]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HIDUP PERLUKAN KEBERANIAN :.

Erm, erk, eh, nak cerita apa sebenarnya yang sedang saya fikirkan sesaat lalu.  saya sudah lupa nak cerita apa disebabkan kesibukan harian.  saya perlukan keberanian untuk membuat satu keputusan yang besar sebagaimana ketika membuat keputusan sewaktu dengannya. (ehem).  Terfikir, sekiranya saya jadi seorang Jutawan yang banyak duit bukan banyak harta.  harta banyak pun kalau hidup dalam perhatian orang, ancaman luar.  Dan kadang kala hidup memang perlukan keberanian.

Apakata kalau anda seorang yang kaya berduit dan bukan kaya ada harta?

PESANAN : DUIT PERLU UNTUK HIDUP. HIDUP PERLU BERANI.  TANPA DUIT HIDUPPUN TAK BERANI. HIDUP JUGA PUN WALAUPUN TANPA DUIT. ERK... ERK...ERK... 
[merapu seorang]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS