Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: AGAKNYA BILA KITA JADI JUTAWAN :.

Bukan angan-angan? Tercapaikah hajat? Atau masih jauh lagi renungan untuk difikirkan bila agaknya kita jadi jutawan? Hari ini kita melihat kehidupan yang semakin menghimpit disebabkan harga barangan keperluan mendadak naik, walaupun sekecil RM0.10 tetapi ia adalah besar bagi seorang peniaga, bagi pengguna mungkin tidak nampak.  mungkin terlindung pandangan kerana saya bagi contoh : sebuah pasaraya menjual shampoo berharga RM8.25 harga asal RM8.15 keuntungan = RM 0.10 (betul?).

Anda lihat silap mata perniagaan ini, jika pasaraya ini dapat menjual shampoo pelbagai jenama yang dinaikkan harga purata RM0.10 kepada 1500 orang pelanggan pertama agaknya berapa keuntungan yang pasaraya ini perolehi? Tentu saja anda boleh teka = RM150 untuk pelanggan pertama individu.  Jika dalam sebuah rumah terdapat ahli keluarga seramai 7 orang menggunakan shampoo yang berbeza jenama.  Mereka akan mengeluarkan kos beli 7 orang x RM 8.25 = RM57.75 jika di darab RM 8.15 = RM57.05 (pasaraya dah untuk RM0.70 untuk sebuah keluarga yang seramai 7 orang).  Untuk itu jika RM0.70 x 1500 keluarga (kita beranggapan setiap keluarga 7 orang ) pasaraya ini dapat memperolehi untung untuk pelanggan pertama sebanyak ?

PESANAN : BERHATI-HATI DENGAN DUIT. DUIT BOLEH BUAT KITA LUPA, BOLEH BUAT KITA GILA, BOLEH BUAT KITA HILANG ARAH, TANPA DUIT KITA TIDAK ADA MAKNA, BANYAK DUIT JUGA KITA BOLEH JADI TIDAK BERMAKNA. FIKIR-FIKIRLAH.

"hasilnya : untung bagi pada pasaraya, pengguna juga yang rugi. RM1,050)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HATI SEORANG INSAN BERNAMA SAHABAT :.

Pertama sekali, nak canang kat sini 'entry' ni sekadar sebagai ingatan dan peringatan kepada diri sendiri dan tidak ada kena mengena dengan sesiapapun. Hanya diri musafir ini. Harap maklum tuan-puan.

Ayat tu berbunyi begini :

"Napalah ada kawan yang pernah rapat ngan kita suatu masa dulu, tetiba jak jadi biadap ngan kita.. tak hormat yang kita ni ISTERI orang... eh.. tolonglah... x payah mo add orang n pastu cakap yang bukan2 ngan orang... ingatlah kita ni orang ISLAM.... STUPID!!!!!!"

Soalan kepada diri sendiri : 

"Marah?"

Jawapan : 

"Saya tidak marah, malah bersyukur sebab dah kenal rambut hitam tetapi mungkin hati kita berlainan.  Belum terlambat untuk saya buat pertimbangan semula. Mungkin kena fikir balik apa yang telah terjadi. Mungkin kesilapan dari diri saya yang hina ini."

Satu persoalan : 

Kenapa tidak tegur secara bersopan. Kenapa nak canang dekat laman sesawang, nak bagi tunjuk kita ni  HEBAT sangat jadi ISTERI orang. Andai status sebagai ISTERI orang itu yang menjadikan kita menyatakan seseorang itu STUPID!!! Wow, hebatnya jadi ISTERI orang. Ingat kita ni ISLAM, nak marah pun kena berlapik bukan dah jadi satu budaya dekat Malaysia ni sesuka hati je nak tulis.  Ikut perasaan.  Jangan ambil hati dengan tulisan ini. Sebagaimana awak ada perasaan, saya pun ada perasaan juga.  Saya masih terkenang masa silam, rupanya awak dah jauh buang kenangan kita.  Mungkin juga saya cuma sebagai seorang kenalan yang pernah hadir dalam rentetan cerita peristiwa silam awak. Apapun Ikhtibarnya di sini, secara telus hati dan berjernih hati saya akan anggap awak bukan sesiapa dan mungkin kita tidak pernah kenal, boleh saja saya beranggapan ada salah faham.  Cara saya tuturkan dengan tulisan mungkin berbeza dengan cara pembacaan orang.  Saya tidak mampu puaskan hati semua orang. Sedih ada bertapak sebentar tidak menyangka seorang SAHABAT mencanang saya begini. Saya maafkan dan saya memohon maaf jika ada ruang di hatimu menerima permohonan ini. Lupakan saya dalam kenangan dan lipatan ingatan kamu. Bye!

PESANAN : BERHATI-HATI DENGAN HATI SEORANG INSAN. IANYA MUDAH BERUBAH DALAM SEKELIP MATA.  IANYA MUDAH REKAH BERKEPING-KEPING DAN BERDERAI JATUH HANCUR TANPA DAPAT DISELAMATKAN SEMULA.  BEGITULAH PERUMPAMAAN HUBUNGAN INI BERAKHIR.

"hati menangis siapa yang tahu"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS