Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: RAMADHAN :.

Assalammualaikum w.b.t

Baru berkesempatan mencatat sesuatu, dah mengantuk sangat sebab bangun dari jam 11 malam tadi dan belum tidur sehingga post ini di buat.  Agaknya boleh jadi seorang kaki online blogspot?  Sebab saya baru habiskan sebuah novel fauziah ashari - Matahari Cerah Lagi.  

Post kali ini saya cuma nak masukkan :

"SELAMAT BERPUASA DAN MOGA-MOGA SENTIASA DI BERKATI AMALAN"

Baru juga jap ni baca entry long tentang 3 'TA'.  Betul juga agaknya tu.  Saya nak berikan pendapat sedikit tentang 3TA ini :

1. waniTA
-  Lelaki perlukan seorang wanita untuk melengkapkan kehidupan dan kelangsungan generasi.  Oleh itu pilihlah seorang wanita kepada 4 perkara :
a.  Kecantikan
b.  Keturunan
c.  Keagamaan
d.  Harta
- Zaman kini wanita sukar di cari sebagaimana kehendak agama. Apapun soal jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan.
2. harTA
- Wanita perlukan harta dari seorang suami kerana itu sebagai perlindungan kepada anak-anak yang akan ada.   Jika harta tiada, seorang anak membesar dalam keadaan terumbang ambing.  Harta ini bermaksud juga wang tunai. maka para lelaki sediakanlah secukupnya keperluan sebuah keluarga sebelum berkahwin....

3. tahTA
- Wanita apabila menjadi seorang yang berkuasa sememangnya Hebat tetapi tidak manis jika memiliki seorang suami yang tidak berpangkat atau sama taraf.  Ini akan menyebabkan perselisihan pendapat di sebabkan kefahaman masing-masing berbeza dalam bentuk konteks yang sukar dijelaskan kerana hanya mereka yang alami akan merasai peritnya memiliki seorang wanita sebagai Ketua dan Isteri?  Agaknya?  Komen sikit!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS