Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

TUAH WANITA ISLAM

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :  
a. Solat 5 waktu, 
b. Puasa di bulan Ramadhan, 
c. Taat pada suaminya dan;
d. Menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?  Berbahagialah menjadi seorang Muslimah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SUCIKANLAH 4 PERKARA

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat" al hadis
- LAA HAULAWALA QUWWATAILLA BILLAH -

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KHASIAT AYAT KURSI




Mahfum ayat:

Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidur, bagi Nya sesuatu yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh memberi syafa'at kecuali dengan izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali yang dikehendakk Nya. Lebih luas kerusinya dari langit dan bumi. Tidak susah bagi Nya memelihara keduanya. Ia Maha Tinggi dan Maha Besar.

[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting, Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme (in glory).]

Penjelasan:

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.

Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan nya.

Rasulallah S.A.W segera memerintah kepada penulis Al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.

Ada terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fadilat Ayat Kursi. Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.

Perlu di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk Tuhan, tetapi adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.

Khasiat Ayat Kursi:

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau ke pasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, Insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dan keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  1. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, Insya'Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah S.W.T.

  1. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah S.A.W.

  1. Syeikh Abul ‘Abas AlBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka Insya'Allah Tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  1. Syeikh alBunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya'Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  1. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  1. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk ke rumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  1. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanyak 170 kali, Insya'Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  1. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi Al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: ANDAI KU TAHU :.

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu

Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut

Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*


Andai kutahu

MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut

Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku

Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia

Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu

Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut

Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku

Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: BICARA ADIK-BERADIK :.

Suka saya nak post entry gambar ini. Nampak menarik pada saya, mungkin pada anda sama. Mari kita tengok apa komen semua bicara dua orang ini : 

(A)
(dialog debab ; antara kami siapa lebih comel, siapa hansem?)

(B)
(dialog bulat : mestilah aku comel. dialog debab : hahaha)

(C)
(dialog : bulat : "awak boleh buat macam saya?")

(D)
(dialog debab : jadi serah pada awak semua nak pilih antara kami berdua)

(E)
(dialog debab : saya hensem kan tambah comel gitu)

(F)
(dialog bulat : ek eleh perasanlah tu.)

(G)
(dialog debab: tentu awak semua setuju dengan saya kan? bulat ni jeles...)

(H)
(dialog debab : hahahaha mari tengok saya dengan lebih dekat agar lebih jelas kehenseman saya ini)

PESANAN : TOOLOOONG REKA DIALOG DAN KOMEN ENTRY INI.
[Komen dan dialog anda dihargai ( ^_^ )]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: PERLINDUNGAN WANG ANDA :.

Saya ingin menyambung semula post semalam : dalam segmen tahukah anda?
Tahukah anda untuk melindungi diri anda daripada penipuan?
a.Ingat - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai, ia mungkin satu penipuan.
b.Hanya berurusan dengan institusi kewangan yang berlesen.
c.Periksa dengan pihak berkuasa sebelum melabur
d.Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru untuk melabur.
e.Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang tidak bertulis.
f.Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan kad kredit dengan baik, jangan dedahkan kepada sesiapa.

PESANAN : 6 CARA UNTUK MELINDUNGI DIRI ANDA DARI PENIPUAN.
[Sudah terkena beberapa kali? hanya kerana percaya pada promosi dalam internet dan tidak mencari maklumat yang tepat sebelum membuat keputusan. Anda adalah Sultan!]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: KENALI SKIM PELABURAN PALSU :.

Hari ini saya ingin post entry berkenaan pengetahuan am yang mungkin anda sendiri abaikan atau anda tahu tetapi anda tidak ingat jadi, marilah kita bersama-sama semaikan keinginan serba tahu yang ada dalam setiap ciri individu. Tahukah Anda bagaimana untuk mengenal skim pelaburan palsu :

a.  Anda dijanjikan pulangan tinggi ke atas pelaburan tersebut, contohnya pulangan sebanyak 20-30% sebulan dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko.  (sekarang ni banyak berlaku terutama dalam dunia siber ini)

b.  Anda didesak untuk melabur dengan serta merta kerana tawaran tersebut adalah untuk masa yang terhad.  (Sah-sah yang selalu spam email tu penipuan, siap bagi masa 60 minit akan tamat promosi.  Dah berapa kali jumpa pelaburan begini.)

c.  Anda disuruh untuk melabur dalam skim yang beroperasi di luar negara di mana anda tidak boleh mengesahkan premis perniagaan tersebut atau mengesahkan skim tersebut daripada laman web mana-mana pihak berkuasa. (selalunya dapat email dari afrika selatan, seseorang yang berpangkat dalam bank.)

d.  Anda disuruh untuk melabur dalam skim yang memerlukan anda memberi maklumat peribadi mengenai akaun bank anda, contohnya nombor akaun bank. (selalunya semasa mendaftar free kena isi dan ada nota : maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan komersil atau maklumat anda selamat bersama kami)

PESANAN : BAGI YANG BELUM MENGETAHUI, SELAMATKAN WANG ANDA.  BAGI YANG PERNAH MENGALAMI JADIKANLAH INI SEBAGAI PANDUAN PADA MASA HADAPAN.  JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN ILMU INTERNET.  LEBIH-LEBIH LAGI YANG BUTA IT.

[Segmen tahukah anda.  taip sendiri entry ini.  walaupun selalunya rajin je copy n paste tetapi hari ini  menaip.  Selepas ini saya akan kongsikan Info tentang bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan  Info dari Panduan Pendidikan Pengguna dari Bank Negara Malaysia]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: PERANCANGAN KEWANGAN :.

Langkah-langkah untuk mengurus kewangan anda : Terdapat 4 langkah yang perlu diambil tahu :

Langkah 1
Menetapkan matlamat kewangan anda

Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu.  Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda.  Matlamat ini berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

Contoh : 
Jangka masa pendek - Melangsaikan hutang KAD KREDIT
Jangka masa sederhana - membeli kereta.  membeli rumah
Jangka masa panjang - simpanan untuk persaraan

Langkah 2
Jejaki ke mana perginya wang anda
Seterusnya anda perlu memantau tabiat berbelanja anda.  Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu.  Contohnya selama lapan minggu, ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah di belanjakan bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah 3
Menilai tabiat berbelanja anda
Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.  teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak.  kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

Langkah 4 
Menulis rancangan perbelanjaan anda
Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda.  anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.  anda boleh menggunakan "Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga" yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian.  bulanan dan tahunan.

PESANAN : JIMAT AMALAN YANG MULIA
[taip kelam kabut sebab nak keluar jam 9.30 am.  nasib baik sempat ada 4 minit dah selesai taip entry ini]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HAPPY :.

"Life smile at you
when you happy.
Life salutes you
when you make others happy."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HIDUP TIDAK TERDUGA : .

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. : CARA-CARA BERTAUBAT :.

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa SelamatALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar
.” (At-Tahrim: 8.)Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “
Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat

:1.Ikhlas ingin bertaubat2.Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi3.Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan4.Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya5.Dikerjakan sebelum ajal tibaJika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat

:Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula
.” (Az-Zumar: 30)Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat

:Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;


Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu
makruh tahrim
utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu Ayatul Kursi 11 kali

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Ikhlas 11 kali

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya:

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya:
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS