Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

ISTERI SOLEHAH

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak.
2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.
4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumahtangga dengan sempurna dan baik.
5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.
6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
7. Jagalah waktu makannya dan waktu rehatnya kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.
8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.
9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.
10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS