Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Cerita



SEDANG LAYAN BUKU INI :


TAJUK : MENCARI JALAN KE SYURGA
PENULIS : HASLIZA ISMAIL
HARGA : SM RM19/ SS RM 22
TERBITAN : KAKI NOVEL
BERI BINTANG : 4 BINTANG

SINOPSIS :

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; ingatannya dan juga insan tercinta.  Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.

Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya.  Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya.  Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk  menyesatkan laluannya.  Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya.  Hutang nyawa mesti di balas dengan nyawa.  Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti Khirana, hatinya turut sam terluka.  Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam diri Shahrul Azwan.  Bila hati sudah tertawan dia terpaksa memilih di antara keluarga atau cintanya, walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai galang ganti pertaruhan.  Berjayakah Shahrul Azwan melawan egonya sendiri dan menyelamatnya nyawa Khirana.

ULASAN SAYA : Best, tetapi saya tidak dapat merasai secara mendalam ceritanya kerana olahan cerita tidak membuat hati saya di bawa sama. Entahlah mungkin 'mood' membaca saya semalam dari pukul 8malam saya tamatkan novel ini pada pukul 3.03 pagi (huhuhu) tidak menjadi.  Apapun bagi yang suka cerita cinta sebegini, elok sebab novel ini tidak banyak memaparkan emosi cinta Shahrul dan Khirana tetapi lebih tertumpu kepada cerita Khirana yang berusaha mengembalikan ingatanya.  Ia tidak mengandungi babak-babak romantik, malah editingnya normal dan tidak keterlaluan.  Malah pembaca boleh tahu dari awal apa sebenarnya yang terjadi pada setiap bab seterusnya, dan hanya satu persoalan, apa sebenarnya yang mengakibatkan kemalangan itu terjadi.  Ada imbasan semula cerita 2 tahun sebelum kemalangan antara Khirana dengan Shamsul Ariffin (abang Shahrul Azwan).  Kesimpulannya, ceritanya menarik dan boleh dijadikan koleksi peribadi.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS