Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: SETANGKAI EDELWEISS :.

Tujuh tahun setelah perpisahannya dengan Martin, Monik menetap di Eropa, tersesat ke dalam rimba belantara cinta Pierre Jouvray. Sesaat dia terlena, ingin melupakan dan menerima. Namun kenangan masa lalu sentiasa menyapa, terutama di saat-saat kesepian. Martin tidak boleh dilupakannya.

Tapi Pierre tidak kenal putus asa. Dia terus-menerus melancarkan serangan gencar (kuat), membuat hati Monik gelisah dan ragu. Lambat dan laun dia menginsafi bahawa masa lalu tidak akan mungkin dihidupkan lagi. Yang sudah terkubur, biarkanlah istirahat dengan tenang. Hidup masa datang yang mesti dibinanya, bukan dibiarkan terkubur hancur menjadi santapan cacing-cacing kesalan yang sering mengganggu kedamaian fikiran.

Namun hatinya yang keras kepala tak mudah menyerah. Selalu dan selalu di dalam hati namanya masih bergema. Walau sudah sayup dimakan hari dan bulan, dia bergetar di dalam hati untuk hidup kembali. Martin!

Marga T.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS