Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: MASALAH JIWA :.

Masalah jiwa selepas bersalin

KEGEMBIRAAN sanubari ibu mungkin tergugat dengan kelahiran anak yang disayangi.
Ramai ibu baru mengalami perasaan tidak stabil tetapi kebanyakan rungutan ini tidak berkekalan dan masih dapat ditangani.
Ketidaksaksamaan perasaan hati selepas kelahiran dikategorikan pada tiga suasana;
1. Postpartum blues atau bersedih selepas kelahiran - lazim berlaku kepada ramai ibu- ibu baru.
2. Kemurungan, kepiluan selepas kelahiran (postpartum depression) - teruk sedikit dari kesedihan selepas bersalin.
3. Psikosis selepas kelahiran atau meroyan (postpartum psychosis) - masalah jiwa yang serius dialami sesetengah ibu selepas bersalin.
Penyakit jiwa di kalangan ibu-ibu baru ini selalu dilupakan serta diabaikan. Ini boleh memberi kesan negatif terhadap tumbesaran serta kelakuan anak-anak kelak.
Penyakit jiwa ini boleh dirawat dan dalam kebanyakan kes, ibu-ibu berkenaan boleh kembali sembuh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: IKHLAS BERGANTUNG KEPADA NIAT, AMALAN JUJUR :.

Sa’d bin Jubair pernah berkata: 
“Ada seseorang yang masuk syurga kerana kemaksiatan dilakukannya dan ada masuk neraka kerana kebaikan dilakukannya. Seseorang yang melakukan maksiat, setelah itu ia takut dan cemas terhadap seksa Allah kerana dosanya, kemudian menghadap Allah dan Allah mengampuninya kerana rasa takutnya kepada-Nya. Seseorang berbuat kebaikan lalu ia sentiasa mengaguminya kemudian ia menghadap Allah dengan sikapnya itu maka Allah pun mencampakkannya ke dalam neraka.”

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS