Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: CINTA ABADI :.

Cinta adalah kecenderungan hati kepada sesuatu.  Oleh itu, ia adalah kerja hati, bukan kerja anggota badan yang zahir.  Cinta seorang lelaki kepada seorang wanita atau cinta seorang wanita kepada lelaki adalah harus kerana ia adalah fitrah manusia.  Dalam hadis disebutkan : 

"Dicintai kepadaKu daripada dunia; wanita dan wangian..." (Riwayat Ahmad, An-Nasai dan Hakim).

Islam adalah agama fitrah, cinta juga adalah fitrah.  Oleh itu Islam amat mementingkan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan seorang muslim.  Cinta setiap individu Muslim hendaklah mengikut turutan ini.

-  Cinta kepada Allah S.W.T.
-  Cinta kepada Rasul
-  Cinta kepada diri sendiri
-  Cinta kepada ibu-bapa, pasangan dan kaum keluarga
-  Cinta kepada setiap saudara muslim

Cinta kepada Allah S.W.T adalah cinta yang paling UTAMA.  Cinta kepada Allah S.W.T diterjemahkan dengan cara cinta kepada Rasul dan mengikut ajaran Rasul.  Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

"Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu kasih kepada Allah S.W.T, maka ikutlah akan daku (Rasul)" (Surah Ali Imran : 31)

Al-Quran juga memberi amaran agar kita tidak mengutamakan cinta kepada perkara lain sebelum cinta kepada Allah dan Rasul.  Allah S.W.T berfirman yang bermaksud;

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, pasangan... lebih kamu kasihi daripada Allah dan Rasul-Nya, maka tunggulah hingga Allah mendatangkan dengan arahanNya."   (Surah At-Taubah ; 24)

Selepas cinta Allah S.W.T dan Rasul, maka barulah datang susunan cinta yang lain. Masalah akan timbul apabila pasangan meletakkan cinta suci mereka melampaui batas agama.  Oleh itu, setiap pasangan hendaklah memahami hakikat susunan cinta ini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS