Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: KENALI SKIM PELABURAN PALSU :.

Hari ini saya ingin post entry berkenaan pengetahuan am yang mungkin anda sendiri abaikan atau anda tahu tetapi anda tidak ingat jadi, marilah kita bersama-sama semaikan keinginan serba tahu yang ada dalam setiap ciri individu. Tahukah Anda bagaimana untuk mengenal skim pelaburan palsu :

a.  Anda dijanjikan pulangan tinggi ke atas pelaburan tersebut, contohnya pulangan sebanyak 20-30% sebulan dengan risiko yang rendah atau tanpa risiko.  (sekarang ni banyak berlaku terutama dalam dunia siber ini)

b.  Anda didesak untuk melabur dengan serta merta kerana tawaran tersebut adalah untuk masa yang terhad.  (Sah-sah yang selalu spam email tu penipuan, siap bagi masa 60 minit akan tamat promosi.  Dah berapa kali jumpa pelaburan begini.)

c.  Anda disuruh untuk melabur dalam skim yang beroperasi di luar negara di mana anda tidak boleh mengesahkan premis perniagaan tersebut atau mengesahkan skim tersebut daripada laman web mana-mana pihak berkuasa. (selalunya dapat email dari afrika selatan, seseorang yang berpangkat dalam bank.)

d.  Anda disuruh untuk melabur dalam skim yang memerlukan anda memberi maklumat peribadi mengenai akaun bank anda, contohnya nombor akaun bank. (selalunya semasa mendaftar free kena isi dan ada nota : maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan komersil atau maklumat anda selamat bersama kami)

PESANAN : BAGI YANG BELUM MENGETAHUI, SELAMATKAN WANG ANDA.  BAGI YANG PERNAH MENGALAMI JADIKANLAH INI SEBAGAI PANDUAN PADA MASA HADAPAN.  JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN ILMU INTERNET.  LEBIH-LEBIH LAGI YANG BUTA IT.

[Segmen tahukah anda.  taip sendiri entry ini.  walaupun selalunya rajin je copy n paste tetapi hari ini  menaip.  Selepas ini saya akan kongsikan Info tentang bagaimana untuk melindungi diri anda daripada penipuan  Info dari Panduan Pendidikan Pengguna dari Bank Negara Malaysia]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS