Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: AGAKNYA BILA KITA JADI JUTAWAN :.

Bukan angan-angan? Tercapaikah hajat? Atau masih jauh lagi renungan untuk difikirkan bila agaknya kita jadi jutawan? Hari ini kita melihat kehidupan yang semakin menghimpit disebabkan harga barangan keperluan mendadak naik, walaupun sekecil RM0.10 tetapi ia adalah besar bagi seorang peniaga, bagi pengguna mungkin tidak nampak.  mungkin terlindung pandangan kerana saya bagi contoh : sebuah pasaraya menjual shampoo berharga RM8.25 harga asal RM8.15 keuntungan = RM 0.10 (betul?).

Anda lihat silap mata perniagaan ini, jika pasaraya ini dapat menjual shampoo pelbagai jenama yang dinaikkan harga purata RM0.10 kepada 1500 orang pelanggan pertama agaknya berapa keuntungan yang pasaraya ini perolehi? Tentu saja anda boleh teka = RM150 untuk pelanggan pertama individu.  Jika dalam sebuah rumah terdapat ahli keluarga seramai 7 orang menggunakan shampoo yang berbeza jenama.  Mereka akan mengeluarkan kos beli 7 orang x RM 8.25 = RM57.75 jika di darab RM 8.15 = RM57.05 (pasaraya dah untuk RM0.70 untuk sebuah keluarga yang seramai 7 orang).  Untuk itu jika RM0.70 x 1500 keluarga (kita beranggapan setiap keluarga 7 orang ) pasaraya ini dapat memperolehi untung untuk pelanggan pertama sebanyak ?

PESANAN : BERHATI-HATI DENGAN DUIT. DUIT BOLEH BUAT KITA LUPA, BOLEH BUAT KITA GILA, BOLEH BUAT KITA HILANG ARAH, TANPA DUIT KITA TIDAK ADA MAKNA, BANYAK DUIT JUGA KITA BOLEH JADI TIDAK BERMAKNA. FIKIR-FIKIRLAH.

"hasilnya : untung bagi pada pasaraya, pengguna juga yang rugi. RM1,050)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Cucuk:

Catat Ulasan