Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19 yang bermaksud ;
" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"
|
Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud, |
|
| " Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"
Riwayat Abu Daud dan Hakim |
Ayat Al-Quran dan Hadis dengan jelas memberikan kita penjelasan bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun masyarakat amnya. |
0 Cucuk:
Catat Ulasan