Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

SITUASI SELEPAS BERCERAI


Setelah bercerai, pasangan dan anak-anak akan melalui perubahan besar. Sebahagian dari permasalahannya adalah:
  • Rumah
  • Sekolah
  • Rakan-rakan
  • Emosi
Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan.
Sokongan yang padu dapat mewujudkan perhubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak setelah bercerai.

Sebelum pasangan membuat pengaduan di Mahkamah Syariah, mereka digalakkan agar terlebih dahulu mendapatkan nasihat dan bantuan dari ahli keluarga mereka khususnya orang tua kedua-dua pihak bagi mencari jalan huraian dalam permasalahan yang sedang mereka hadapi.

Jika pasangan tidak dapat melibatkan keluarga mereka dalam hal ini, maka mereka boleh mendapatkan bantuan dari badan-badan bantu diri yang menyediakan khidmat kaunseling, seperti di PPIS, AMP, Mendaki dan masjid-masjid yang tertera di hiperrangkai, masjid-masjid ini.

Bagi pasangan-pasangan yang telah berumahtangga dan mempunyai masalah rumahtangga pula, Mahkamah Syariah ada menyediakan pusat Unit Kaunseling, bagi menbantu pasangan-pasangan tersebut menghuraikan permasalahan yang sedang mereka hadapi. Pihak kaunselor akan berusaha sedaya-upaya dalam memberikan bimbingan dan bantuan agar masalah yang mereka hadapi dapat diatasi.

Selain dari Unit kaunseling yang disediakan oleh Mahkamah Syariah, terdapat juga berbagai lagi Pusat Bantu Diri Islam yang menyediakan bantuan seumpama ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Cucuk:

Catat Ulasan