Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: TANDUSNYA HATI WANITA :.

Aku tak pernah mahu ikatan ini
Aku tak pernah tahu ikatan ini begini
Pengorbanan cukup tinggi
Pengorbanan komitmen setia
Seiring dengan masa usia ikatan ini

Tega kah hati ini
Untuk melepaskan ikatan ini
Masalahnya hatiku tidak tega
Malah tidak sanggup untuk meleraikan ikatan ini
Takut engkau enggan menerima dan terluka

Untuk melukakan hatimu
Adalah perkara yang sering aku buat
Sehingga aku tidak tahu bagaimana untuk
Berdepan semula denganmu
Seburuk-buruk pun aku
Kerana ikatan ini meneguhkan antara kita
Kadang kala hingga tak sedar masa
Terlalu pantas berlalu
Kita telah mempertahankan ikatan ini
Setahun berlalu dengan pelbagai
Acuan dan wacana

Mengapa begini yang perlu aku korbankan
Mengapa aku tidak memahami pengorbananmu
Mengapa aku mementingkan perasaanku saja
Mengapa aku tidak memikirkan perasaanmu dulu
Mengapa perlu ada ikatan ini antara kita
Andainya ikatan ini tidak mengikat kita
Sudah pasti kini aku masih lagi
Sang camar yang bebas di luar sana
Masih mencari erti sebuah kehidupan
Kebebasan dari kekejaman lumrah alam

Aku inginkan kebebasan
Aku inginkan cinta mu
Aku inginkan semuanya pulih
Sebagaimana sediakala seperti dulu
Tetapi aku akur
Segalanya tidak mungkin
Segalanya adalah mustahil
Kerana aku bukan lagi diriku
Kerana aku kini adalah asing dari jiwaku
Kerana aku ketandusan erti kasih sayang
Kerana aku bukan pentingkan diri
Kerana aku adalah yang tulus ikhlas
Redha dalam menerima takdir
Qada’ dan qadar Allah S.W.T
Dalam menyusun kehidupan ini

Sesekali terbabas langkah ini
Mengapa kau mudah memaafkan
Mengapa kau langsung tiada perasaan
Untuk menidakkan ikatan ini
Malah kau siap memberi amaran
Ikatan ini akan berkekalan
Sehingga bila-bila

Bukankah begitu satu ugutan
Bagi ku yang inginkan kepastian
Apakah memang ini yang aku ingini
Atau ini adalah langkahku yang tersilap

Seandainya masa dapat berputar kembali
Aku menginginkan cerita kita
Kesudahan yang berlainan dari hari ini
Seandainya aku tahu sejak awal
Ikatan ini tidak akan aku teruskan
Mengapa aku begitu dangkal
Mengapa aku tidak memikirkan
Sejak dari awal lagi
Kesan dan akibat dari perbuatanku ini

Aku mengharapkan ketenangan
Aku mengharapkan keharmonian
Aku mengharapkan kebebasan
Aku mengharapkan jiwa ini bersih
Aku mengharapkan perubahan
Tapi bukan perubahan seperti ini
Aku mengharapkan kau ada disisi
Tapi kau selalu jauh dimata
Aku mengharapkan kehadiranmu
Tapi kau buat tak endah
Aku mengharapkan kasih sayang
Tapi kau mana mungkin dapat
Memberikan sepenuhnya kepadaku
Aku mengharapkan perhatianmu
Tapi kau sering meminta perhatianku
Aku mengharapkan persetujuanku di terima
Tapi kau yang memerlukan persetujuanmu di terima
Adilkah ikatan ini kepada kita berdua
Adilkah ikatan ini kepada kita berdua
Adilkah ikatan ini kepada kita seandainya
Aku ketandusan hati di tanah gerimis ini

Yang kemungkinannya
kita tidak akan bertemu lagi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 Cucuk:

Catat Ulasan