Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: MESYUARAT SWOT :.

Pepagi (eh? adakah perkataan ini?") T_T . Pagi-pagi lagi sudah dikejutkan dengan mesyuarat SWOT kali kedua.  Saya tak di maklumkan lebih awal. Nak diadakan pada saat saya tidak maklum. Nampaknya tiada persediaan kali ini.  Saya hanya masuk jadi pemerhati dulu, sebab saya rasa yakin akan ada lagi ulangan mesyuarat kali ke-3 (Kut)

PESANAN : SENTIASA BERSEDIA DARI SEGI MENTAL MENAHAN BAHANG TEKANAN.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: AUDIT TERM N CONDITION :.



Selama 5 hari audit akan berkampung di pejabat.  Mencari maklumat dan data untuk di semak dan dinilai kesahihannya agar tidak berlaku pembaziran tunai.  Bermaksud, 5 hari juga saya akan melayan segala kehendak audit dari awal tahun 1 Januari 2009 sehingga berakhirnya 31 Disember 2009, segala data hendaklah disediakan untuk memudahkan pengauditan dijalankan.  Kalau anda nak tahu tugas-tugas seorang juruaudit sila roll ke bawah ini :

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: TUGAS HARIAN :.

Pagi ini dikejutkan dengan kedatangan Juruaudit. Pengauditan akhir tahun 2009 baru nak bermula.  Nampaknya busy lah saya melayan kehendak audit sepanjang minggu ini.  Account reports dah ready, all the document dah settle and hantar pada mereka.  Harap Juruaudit dapat menyelesaikan report pada 12 Julai, so many things to do after receive the audit reports.  Hopefully the report good..

PESANAN : SENTIASA MENJALANKAN TUGAS DENGAN TEKUN, PANTAS, CERMAT.
[agaknyalah tu kan...kui...kui...kui...]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SIAPA DEBAB :.

Debab adalah gelaran kepada pemilik nama Sudirman Arshad, Anak sulung saya.  Sekarang berumur 2 tahun 2 bulan 16 hari pada tarikh 27 Jun 2010.  Debab lahir pada 11 April 2008.  Lahirnya gelaran nama Debab sebab dia memang gemuk sewaktu umurnya 6 bulan.  Biarlah gambar di bawah ini berbicara :


Ini Debab gambar pada 14 Jun 2008
Umur 2 bulan 
Berat 5kg


Ini gambar pada 11 Nov 2008 
Umur Debab 8 Bulan
Berat : 7.8 kg

Ini gambar pada 2 Feb 2009
Umur Debab 11 Bulan
Berat : 8.3 kg


Sekarang
Ini gambar pada 24 Jun 2010
Umur Debab 2 tahun 2 Bulan 13 hari
Berat : 10.6 kg


Debab dah jauh berubah, sudah tidak debab lagi.  Dia juga kurang berat sebab pemakanan.  Debab tidak gemar makan.  Dulu dia Debab sekarang ini dia normal cuma kurang nutrisi.  Debab suka sangat bergaya depan kamera.  Tercuit hati saya dengan gayanya.

PESANAN : BERAT ANAK BOLEH BERUBAH. IKUT PERKEMBANGAN UMUR DAN PEMAKANAN.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: BULAT MENGEJUT :.







Pagi-pagi ini, saya dah dikejutkan oleh Bulat. Seawal pukul 4.30 pagi Bulat berak, bau yang amat tidak menyenangkan tidur semula pun tak selesa. Sehingga tanpa paksa saya pun bangun membersihkan Bulat.  Kemudian Saya dikejutkan lagi oleh Bulat dengan kepantasan rentak hidup sebagai seorang bayi. Agak-agak dalam pukul 7.50 pagi Bulat dah buat rutin hariannya sekarang iaitu meniarap dan kuda-kuda,  Bulatpun dah mandi.  Debab pun sama dah mandi. Tetapi satu lagi perubahan apabila Bulat mampu angkat kaki tinggi dari punggung dan melemparkan senyuman kepada saya.  Bulat juga sudah reti meminta perhatian ataupun lebih kurang memanggil dengan caranya tersendiri. Wow amat teruja saya melihat prestasi Bulat sekarang.  Cepat atau memang begini rutin harian seorang bayi?

[Bulat suka sangat senyum.]

PESANAN : HARI-HARI SEPERTI INI TIDAK AKAN WUJUD LAGI. HARGAILAH PRESTASI ANAK ANDA SETIAP HARI.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. : MEMILIKI SEORANG ANAK PINTAR :.

Tajuknya : Memiliki seorang anak pintar.
Masalahnya : Apa kena buat jika ada seorang anak pintar.
Soalan : Apa persediaan sekarang jika anak itu memang pintar walaupun baru berumur kurang 2 tahun.
Sebenarnya :

Saya ingin mengetahui apakah komen ibu-ibu untuk membuat persediaan kepada anak yang pintar untuk jangka masa panjang sebab saya tidak mahu ketinggalan dalam masa tumbesaran anak itu terabai perkara-perkara yang penting yang tidak saya ketahui.  Entry ini bukan bermaksud mengakui anak saya pintar tetapi sebagai satu persediaan untuk memiliki anak pintar.  

PESANAN : TINGGALKAN KOMEN YANG POSITIF THANKS.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: UNTUK LONG HAFFIZ :.

Kau orang kenal siapa dia ni ?
Kalau nak kenal boleh tengok blog long haffiz
Makin kenal mungkin anda akan jatuh cinta dengan follower yang dimilikinya.

Macam mana nak cari follower seramai macam milik long haffiz.
Jeles.

PESANAN : MAU CARI LINK JANGAN LUPA LETAK LINK ANDA OK.  DAN USAHA JUGA CARI FOLLOWER MACAM LONG HAFFIZ SAAT INI SERAMAI 1740 ORANG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: BUKAN CINTA CUMA CUKA CURAH LUKA :.

Realiti atau kenyataan.  Bermaksud, sakitnya realiti yang baru di ketahui.  Apapun sabar saja lah dengan realiti semasa ini.  Tidak tahu nak cerita apa lagi, tapi memang realiti itu menyakitkan.

PESANAN : BIAR PUN REALITI ITU MENYAKITKAN, KITA ADA IMAN DARI IMAN LAHIR KESABARAN, DUGAAN ITU KITA TENTU BOLEH TANGGUNG.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SIAPA SALLY? :.

AMARAN KERAS : HATI-HATI DENGAN SALLY.

Memang agak mendukacitakan bila mengetahui tentang Sally. Tidak menyangka ia perbuatan si Sally ini.  Sayapun risau teramat sangat juga.  Apa akan terjadi jika seluruh yang ada di sini Sally porak perandakan? Maknanya saya tidak boleh ber'facebook', ber'skype', ber'yahoo', ber'microsft office', malah mungkin akan terjadi tidak boleh menjalankan tugas dengan cekap dan amanah. 

Sally boleh masuk ke mana-mana dengan cara 'internet', 'link', 'download'.  Apa saja cara yang Sally suka, Sally boleh buat.  Siapa Sally?  Dialah Virus Tahap Paling 'power' hari ini. Sesiapa yang masih menggunakan program 'microsoft office 2003', Sally akan 'harm' dan tidak dapat buka komputer. Sally juga merosakkan 'system win32'.  Bermaksud komputer anda kena 'FORMAT' semula dan pastikan mempunyai tahap keselamatan 'antivirus' paling 'CANGGIH' abad ini.  Ini bukan cubaan, ini betul-betul. 

Mengikut sumber maklumat yang boleh dipercayai, Sally hanya dapat di cegah melalui 'antivirus AVIRA' yang berbentuk payung tu..  Boleh disimpulkan di sini, Sally ini kerja dari AVIRA juga lah kiranya, sebab dari segi pemasaran produk perniagaan - Virus Sally ini akan menyumbang meningkatnya penjualan 'antivirus AVIRA'.  Agak-agaknya apa komen anda tentang hal ini.  Ini saja yang dapat saya kongsi buat masa ini.


PESANAN : RISAU KENA BERTEMPAT. HATI-HATI VIRUS MENYENGAT, CUMA LIDAH LEBIH BERBISA APABILA BERBICARA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: WORLD CUP 2010 - PESANAN UTK ISTERI :.

Sebelum anda baca ini saya copy and paste dari laman Penulis Novel Dhiya Zafira 
Silakan membaca dan gelak seorang-seorang bagi yang pernah mengalami situasi ini :

Surat untuk isteri tercinta 2010;
 
Ayang,
Seperti yang sedia maklum,abang setiap bulan terpaksa menghadapi perangai ayang yang berubah mengikut pasang surut bulan setiap bulan tanpa gagal. Abang selalu menjaga hati ayang tanpa gagal ketika kedatangan period ayang tanpa soal. Abang jaga ayang bagaikan menatang minyak yang penuh. Amat besar nya pengorbanan yang abang lakukan selama ini untuk menjaga kerukunan perhubungan kita yang telah bertapak sejak lama? Kini relakah ayang melakukan pengorbanan yang agak kecil terhadap abang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: AGAKNYA BILA KITA JADI JUTAWAN :.

Bukan angan-angan? Tercapaikah hajat? Atau masih jauh lagi renungan untuk difikirkan bila agaknya kita jadi jutawan? Hari ini kita melihat kehidupan yang semakin menghimpit disebabkan harga barangan keperluan mendadak naik, walaupun sekecil RM0.10 tetapi ia adalah besar bagi seorang peniaga, bagi pengguna mungkin tidak nampak.  mungkin terlindung pandangan kerana saya bagi contoh : sebuah pasaraya menjual shampoo berharga RM8.25 harga asal RM8.15 keuntungan = RM 0.10 (betul?).

Anda lihat silap mata perniagaan ini, jika pasaraya ini dapat menjual shampoo pelbagai jenama yang dinaikkan harga purata RM0.10 kepada 1500 orang pelanggan pertama agaknya berapa keuntungan yang pasaraya ini perolehi? Tentu saja anda boleh teka = RM150 untuk pelanggan pertama individu.  Jika dalam sebuah rumah terdapat ahli keluarga seramai 7 orang menggunakan shampoo yang berbeza jenama.  Mereka akan mengeluarkan kos beli 7 orang x RM 8.25 = RM57.75 jika di darab RM 8.15 = RM57.05 (pasaraya dah untuk RM0.70 untuk sebuah keluarga yang seramai 7 orang).  Untuk itu jika RM0.70 x 1500 keluarga (kita beranggapan setiap keluarga 7 orang ) pasaraya ini dapat memperolehi untung untuk pelanggan pertama sebanyak ?

PESANAN : BERHATI-HATI DENGAN DUIT. DUIT BOLEH BUAT KITA LUPA, BOLEH BUAT KITA GILA, BOLEH BUAT KITA HILANG ARAH, TANPA DUIT KITA TIDAK ADA MAKNA, BANYAK DUIT JUGA KITA BOLEH JADI TIDAK BERMAKNA. FIKIR-FIKIRLAH.

"hasilnya : untung bagi pada pasaraya, pengguna juga yang rugi. RM1,050)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS