Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

.: PERANCANGAN KEWANGAN :.

Langkah-langkah untuk mengurus kewangan anda : Terdapat 4 langkah yang perlu diambil tahu :

Langkah 1
Menetapkan matlamat kewangan anda

Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang tertentu.  Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai matlamat anda.  Matlamat ini berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

Contoh : 
Jangka masa pendek - Melangsaikan hutang KAD KREDIT
Jangka masa sederhana - membeli kereta.  membeli rumah
Jangka masa panjang - simpanan untuk persaraan

Langkah 2
Jejaki ke mana perginya wang anda
Seterusnya anda perlu memantau tabiat berbelanja anda.  Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu.  Contohnya selama lapan minggu, ini bertujuan untuk mengetahui ke mana wang anda telah di belanjakan bukan untuk mengurangkan perbelanjaan.

Langkah 3
Menilai tabiat berbelanja anda
Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin meningkatkan jumlah simpanan.  teliti senarai perbelanjaan harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan atau kehendak. kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan kehendak.  kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

Langkah 4 
Menulis rancangan perbelanjaan anda
Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda.  anda boleh membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.  anda boleh menggunakan "Buku Pengurusan Belanjawan Keluarga" yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat dan memantau perbelanjaan harian.  bulanan dan tahunan.

PESANAN : JIMAT AMALAN YANG MULIA
[taip kelam kabut sebab nak keluar jam 9.30 am.  nasib baik sempat ada 4 minit dah selesai taip entry ini]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HAPPY :.

"Life smile at you
when you happy.
Life salutes you
when you make others happy."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: HIDUP TIDAK TERDUGA : .

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya. "

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

. : CARA-CARA BERTAUBAT :.

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)Muhammad Isa SelamatALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar
.” (At-Tahrim: 8.)Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “
Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat

:1.Ikhlas ingin bertaubat2.Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi3.Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan4.Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya5.Dikerjakan sebelum ajal tibaJika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat

:Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “
Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula
.” (Az-Zumar: 30)Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat

:Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;


Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu
makruh tahrim
utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu Ayatul Kursi 11 kali

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu surah Al-Ikhlas 11 kali

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya:

“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya:
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya:

“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: TANDUSNYA HATI WANITA :.

Aku tak pernah mahu ikatan ini
Aku tak pernah tahu ikatan ini begini
Pengorbanan cukup tinggi
Pengorbanan komitmen setia
Seiring dengan masa usia ikatan ini

Tega kah hati ini
Untuk melepaskan ikatan ini
Masalahnya hatiku tidak tega
Malah tidak sanggup untuk meleraikan ikatan ini
Takut engkau enggan menerima dan terluka

Untuk melukakan hatimu
Adalah perkara yang sering aku buat
Sehingga aku tidak tahu bagaimana untuk
Berdepan semula denganmu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SYAWAL SENDIRI :.

Sendiri
Manempuh hidup
Tiada berayah tiada beribu
Sendiri aku berjalan
Tiada harta menjadi bekalan

Belum pernahku kesali hidupku
Lahir ke dunia pun begitu
Suka dukaku tanggung sendiri
Dengan ketabahan hati
Mana saudara manakah teman teman
Disaatku memerlukan
Kepalsuanmu makin menjadi nyata
Kemesraan sementara

Sendiri
Kadang menyiksakan
Kerna tiada teman bicara

Klik di sini : Jangan Lupa Lirik 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: SALAM SYAWAL :.

Assalammualaikum w.b.t.

Selamat Menyambut Hari Raya
Aidilfitri

Maaf Zahir dan Batin

[bagi yang kenal dan tidak kenal]
[bagi yang kunjung dan balas kunjung]
[bagi semua blogger kat Malaysia]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: BUAT DUIT :.



Hari ini, sambil jalan-jalan dalam gengblogger, ada ternampak 1 tips menarik untuk tingkatkan trafik yang belum pernah dicuba sebelum ini.

Tipsnya adalah seperti dibawah. Tips ni pun dapat dari page myvitrd. Thank you untuk tips yang menarik ni.

Jom kita ramai-ramai blogger-blogger cuba tips di bawah ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: IKLAN SAYA TIDUR LAH :.

maklumat ini saya ambil dari Nuffnang.
Sebagai orang baru dalam dunia blog,saya juga selalu tertanya-tanya persoalan ini.
Kenapa kadang-kadang iklan tu keluar,kadang-kadang takde.
Oit,main nyorok-nyorok pulak dia ye..
Ini kerana
Pihak pengiklan akan 'membeli waktu' untuk menyiarkan kempen iklan mereka.

Contoh

Jika pihak pengiklan pilih blog anda untuk kempen mCPM dan dia sasarkan 700 UV (unique visitor) selama 7 hari,ini bermakna iklan hanya akan muncul untuk 100UV ke blog anda setiap hari.
Start kol 12.00 malam sampailah pengunjung blog anda mencapai 100UV.
unique visitor bermaksud orang berlainan.Bukan orang yang sama.Lebih tepat lagi IP yang berbeza.Bila dah cukup 100UV,iklan tu stop.
alah..yang biasa diorang cakap tu "iklan awak tido lah.."
Bila jam dah pukul 12.00 malam esok,rutin ini akan berulang sampai cukup 7 hari.

Perkara yang sama juga berlaku untuk kempen CPC.

Contoh,jika pengiklan 'membeli' 700 klik untuk suatu kempen yang akan berlangsung selama 14 hari,setiap hari cuma 50 klik sahaja disasarkan untuk memenuhi kuota selama 2 minggu kempen berjalan.Iklan CPC akan dipaparkan di blog yang tiada kempen mCPM pada ketika itu.Lepas dah dapat 50 klik,iklan itu akan hilang dan muncul semula pada pukul 12 malam nanti.

moral of the story,pengiklan akan berminat nak letak iklan kat blog korang jika kedudukan kod iklan yang korang letak tu stategik.Lagi satu rajin-rajin lah blogwalking untuk meningkatkan jumlah pengunjung ke blog anda

untuk lebih paham

boleh baca entri jadual iklan nuffnang mengganas dari blogger Sop

PESANAN : USAHA TANGGA KEJAYAAN
[kalau banyak follower maknanya iklan lagi lambat tidur] 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: RAWATAN PENYAKIT GASTRIK :.

Rawatan penyakit gastrik:

  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
PESANAN : MAKLUMAT INI HANYA BENAR APABILA ADA YANG MENCUBA DAN KEMBALI SIHAT
[dapat dari blog emjayjb banyak info berguna.]
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

.: MERDEKA 53 TAHUN :.

Assalammualaikum w.b.t.


Kenangan sebelum, semasa dan selepas 53 tahun merdeka.
a.sebelum merdeka
Hidup dalam keadaan susah.  makan ubi kayu. persaingan kurang sebab masing-masing hidup dalam daif.

b.semasa merdeka
Hidup sudah bersinar, bermulalah era baru dalam kehidupan di Malaysia.  Anak bangsa berlumba-lumba membina kehidupan yang lebih baik.

c.selepas 53 tahun merdeka
Hidup sudah selesa. Anak bangsa lupa jati diri. Lupa asal usul, lupa keperitan zaman sebelum merdeka. alpa dengan kemewahan dan kedamaian Malaysia. Masalah sosial semakin teruk malah kes-kes rogol, kemalangan, buang bayi dan yang seumpamanya semakin hari semakin teruk!.  Apakah erti merdeka ini pada mereka? nak tag semua orang yang menjadi follower di http://coretanperantau.blogspot.com/ seramai 2032 orang.

PESANAN : JANGAN LUPA PADA DARAH YANG PERNAH MENYIMBAH BUMI MALAYSIA
[selamat hari kemerdekaan ke-53 tahun]

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS